Wednesday, September 25, 2019

BATAS BATAS PERGAULAN DAN ADAB ADAB PERGAULAN







DUA6022 -KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TAJUK: BATAS-BATAS PERGAULAN DAN ADAB-ADAB PERGAULAN

PENSYARAH: ENCIK MOHD  NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI

NAMA AHLI KUMPULAN::
NUR FATIHAH BINTI ROSANI 02DSK17F1005
NUR SHAFIKA BINTI AZMI 02DSK17F1051
HUSSNA AMIERAH BINTI MUKHTAR 02DSK17F1003
NURIN JAZLINA BINTI MAT ZILI 02DSK17F1013

KELAS: DSK5B





Penghargaan

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadaIbu Bapa kami yang telah bersusah payah membesarkan kami dan juga tidak lupa kepada Pensyarah Komunikasi danPenyiaran dalam Islam iaitu Encik Mohd Noor Zaidi Bin Mohd Zawawi yang telah banyak membantu dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan tugasan E-Folio Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah membantu kami membuat dan menyiapkan tugasan ini. E-Folio ini juga telah menjadi salah satu daripada proses mengulangkaji bagi kami dan kami berharap pencapaian kami dalam subjek ini akan dapat kami lulus dengan cemerlangnya. Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kesalahan mahupun terlanjur bicara yang tidak disengajakan sepanjang kami menyiapkan tugasan Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam ini. Sekian, terima kasih.



PENGENALAN

Pergaulan antara lawan jenis merupakan sebuah keniscayaan dalam kehidupan sehari-hari, namun potensi fitnah juga terdapat di dalamnya karena bila tidak diatur maka tentu akan membawa mudharat dengan melanggar batas-batas larangan agama. Oleh sebab itulah Islam sebagai agama yang sempurna, menyeluruh, dan mencakup segala aspek kehidupan manusia menetapkan pelbagai aturan dalam hubungan muamalah antara lawan jenis agar mendatangkan maslahat dan bukannya menimbulkan mafsadat.

Tentu konteks yang dibahas adalah hubungan interaksi lawan jenis yang berstatus bukan mahram. Dan salah satu contoh muamalah antara lawan jenis yang mendatangkan maslahat dicontohkan oleh isteri-isteri nabi yang meriwayatkan hadis kepada kaum lelaki dan menjawab pertanyaan-pertanyaan mereka terkait ilmu agama. Andai bukan kerana muamalah antara lawan jenis ini maka sangat sulit rasanya segala riwayat-riwayat tersebut dapat diajarkan.

Namun di sisi lainnya, muamalah antara lawan jenis juga dapat mendatangkan mafsadat manakala dapat menyebabkan seseorang melanggar batas-batas larangan Allah Ta’ala. Bahkan dalam Islam terdapat suatu kaedah yang disyorkan oleh para ulama dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, yaitu Saddu Dzaraai’. Kaedah ini menyebutkan bahwa apabila suatu hal itu dibolehkan namun dapat menghantarkan seseorang kepada hal yang dilarang dan diharamkan Allah, maka hal yang awalnya boleh tersebut juga menjadi haram hukumnya. Salah satu contoh iaitu adalah dilarang bercinta (couple)  selagi tidak berkahwin kerana itu dapat mendekatkan seseorang itu pada perbuatan zina. Dan fakta inilah yang banyak terjadi pada zaman kita sekarang ini. Wal ‘iyyadzu billah.







APA ITU PERGAULAN?


Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur. Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah  bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.

Allah s.w.t mencipta manusia lelaki dan perempuan. Ia juga mencipta Syariat untuk mereka. Dalam Syariat Islam ada sesetengah hukum atau peraturan berbeza di antara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Penulisan ini cuba melihat sejauhmana batas-batas pergaulan yang dilarang dan dibolehkan dalam Syariat Islam.






BATAS-BATAS PERGAULAN

Pergaulan merupakan proses sosialisasi antara sesama manusia. Menurut Islam telah menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia iaitu antara perempuan dan lelaki. Tambahan lagi, seseoranag itu tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan bermasyarakat yang sememangnya perlu bergaul. Telah diriwayatkan bahawa:

“Katakanlah kepada orang lelaki yang berimanuntuk hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman untuk hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampah daripadanya. Dan hendaklah ereka menutupkan kain tudung ke atas dadanya dan janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka.

Dari Islam juga terdapat tiga peringkat dalam memulakan pergaulan seperti yang berikut:

1) Peringkat Berkenalan
Taaruf menurut Islam adalah berkenalan yang membawa maksud peringkat yang
pertama iaitu membantu kita untuk saling kenal mengenali dalam memulakan
sesuatu hubungan. Dengan cara ini kita dapat mengenali seseorang melalui sifat,
bangsa, agama, kegemaran dan seterusnya kedudukan yang ada pada diri
seseorang itu.

2) Peringkat Memahami
Peringkat memahami merupakan Tafahum atau peringkat memahami adalah
peringkat kedua selepas berkenalan. Pada peringkat ini, kita dapat memahami
dengan lebih mendalam tentang mereka yang mempunyai perhubungan dengan kita.
Apabila kita dapat memahami latar belakang, akhlak dan sifat seseorang maka
memudahkan untuk memahami dan menentukan orang untuk berteman. Sekiranya
seseorang bergaul dengan orang-orang yang berakhlak baik maka kita pun sekaligus
mendapat tempias kebaikan mereka. Namun jika kita bergaul dengan orang-orang
yang buruk akhlaknya maka keburukan yang ada pada mereka akan terpalit kepada
kita juga.

3) Peringkat Tolong Menolong
Manakala peringkat tolong menolong Taawun adalah peringkat pergaulan yang
terjalin daripada hubungan yang akrab. Tetapi, sekiranya melakukan tindakan dalam
pergaulan antara sesama manusia atau Islam hendaklah berteraskan dengan
peraturan yang telah ditetapkan oleh Alaah S.W.T.





BATAS DAN ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM

Sebelum membincangkan adab dan batas pergaulan menurut islam, perkara yang paling kita tidak boleh tinggalkan ialah tentang aurat bagi lelaki dan juga wanita.  Aurat diambil daripada perkataan bahasa arab iaitu ‘aurah’ yang bermaksud keaiban.  Dari sudut fiqah, aurat merujuk kepada bahagian tubuh yang wajib dilindungi daripada pandangan sesiapa sahaja.  Perintah allah supaya menutup aurat terdapat dalam surah al-A’raf ayat yang ke-26 yang menjadi dalil wajib menutup aurat.

4 BAHAGIAN AURAT

1.Aurat Lelaki
Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah , al-Maikiyah dan al-Hanabilah berpendapat bahawa aurat bagi lelaki ialah antara pusat sehingga ke lutut.  Namun demikian, lelaki ialah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya ‘aurat’ yang wajib itu dapat dijaga dengan sempurna.



2.Aurat wanita
Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya ( Maududi, 1995)




3.Pakaian lelaki

Pakaian lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi.  Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.  Tujuan berpakaian bukanlah untuk kebanggaan dan mencari kemasyuran, tetapi menurut syariat Islam.



4.Pakaian wanita

Pakaian wanita mestilah pakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan seperti yang dibenarkan dalam islam.  Pakaian wanita mestilah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya.  Pakaian wanita tidak perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidaklah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki.  Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.  Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam islam.






Bentuk Pergaulan yang diharuskan
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Sheikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.

-Harus kerana terpaksa (dharurah)
Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya:
"Berkata ahli mazhab Syafie; "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.”
-Harus kerana keperluan (hajat)
Ulama' berkata, hajat mengambil peranan dharurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
-Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawar menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab adab pergaulan.
-Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman
Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Zahiriah dan Imam at-Tabari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
-Ikhtilat kerana menjadi saksi
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
-Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar
Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
-Ikhtilat kerana melayan tetamu
Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'i seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadith Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk Baginda SAW
-Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'i. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama sama baginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
-Ikhtilat dalam kenderaan awam
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kederaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ie.
-Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar-Rabei binti Muawwiz katanya:  
"Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah."
-Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat Baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
-Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan
Tersebut dalam kitab Muwatta' persoalan:
"Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?"
Berkata Malik:
"Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut."
Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Kesan – Kesan Buruk yang Timbul daripada Pergaulan Bebas
Setiap perbuatan manusia yang bertentangan dengan perintah Allah SWT akan mempunyai kesan yang buruk dalam kehidupan mereka.  Antara kesannya adalah seperti yang berikut
1. Merosakkan jiwa dan akhlak

· Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang buruk.  Seseorang yang berkelakuan buruk ketika bergaul akan menyebabkan hati menjadi hitam dengan dosa – dosa yang ditanggungnya.  Dosa akibat perbuatan maksiat akan mengakibatkan seseorang itu sukar untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.  Untuk menghilangkan kekotoran tersebut, kita perlu bertaubat memohon keampunan – Nya, sentiasa mengingati Allah SWT serta melakukan perbuatan-perbuatan yang disukai – Nya

Menyuburkan perzinaan

· Pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menjadi punca kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia.  Oleh yang demikian, kita diperintahkan untuk menundukkan pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal.  Syaitan sentiasa berusaha agar manusia sentiasa membuat dosa dan maksiat.  Oleh itu, kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya dapat menghindar zina dan perbuatan maksiat yang lain.
Allah memerintahkan kaum laki-laki dan kaum perempuan untuk menahan pandangan, sebagaimana Firman Allah :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (30) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada perempuan yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya.” (QS. An-Nuur: 30-31)

Merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara

· Setiap perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah SWT akan membawa keburukan.  Kemungkaran yang dibuat akan merosakkna maruah diri seseorang.  Tanpa maruah, seseorang itu tidak akan dihormati dan hilang harga dirinya.  Masyarakat dan negara juga akan menerima kesan daripada pergaulan bebas ini.

Membawa kepada kemungkaran Allah SWT

· Sesiapa yang menjaga dan melaksakan perintah Allah SWT termasuk dalam golongan hamba yang mulia di sisi – Nya.  Orang – orang yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT pula akan mendapat kemurkaan – Nya.  Hidup mereka akan sentiasa berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tiada lagi ketenangan jiwa akibat dosa-dosanya.


Terdedah kepada penyakit yang merbahaya

· Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut 
 Kemerosotan Pelajaran 

· .Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang merosakkan akhlak, tingkahlaku ini telah menukarkan tumpuan utama pelajar kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan berpacaran dengan pasangan.

 


 CARA -CARA UNTUK MENGHINDARI DARIPADA TIMBULNYA PERGAULAN BEBAS
Ajaran Islam amat menitik beratkan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ataupun percampuran antara lelaki dan perempuanselayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Sering kita dengar istilah kawan, adik, kakak, abang angkat juga yang mendakwa sebagai rakan sembang di alam maya atau apa jua istilah yang digunakan sebagai merujuk kepada hubungan sosial yang sebahagiannya menjurus kepada perbuatan mungkar.
Syariat Islam tidak melarang pergaulan antara lelaki dan wanita asalkan mengikut lunas dan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh syarak. Malah Islam menggalakkan pergaulan yang sihat dan membuahkan manfaat kepada mereka. Dalam Islam pergaulan yang sihat mengambil kira batas-batas mahram dan juga jenis aktiviti yang dijalankan. Pergaulan itu ada dua jenis, iaitu pergaulan sesama jenis dan kedua pergaulan yang berlainan jenis. Jenis yang kedua itu yang sering menimbulkan masalah. Islam mengharuskan penyertaan yang berlainan jantina atas asas menuntut ilmu pengetahuan dan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah dengan menjaga adab-adab pergaulan yang tidak bertentangan dengan syariah
Sebenarnya pertemuan antara lelaki dengan perempuan tidak haram, melainkan jaiz (boleh). Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal soleh, kebajikan, perjuangan, atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik dari lelaki mahupun perempuan.
Namun, kebolehan itu tidak bererti bahawa batas-batas diantara keduanya menjadi lebur dan ikatan-ikatan syariah yang penting dilupakan.  Adab dan batas pergaulan yang diperintahkan oleh Allah SWT bertujuan mengekang atau menghalang perbuatan  serong hamba-hambaNya dalam pergaulan (antara lelaki dengan perempuan). Pada setiap masa dan keadaan kita perlu memastikan adab dan pergaulan kita bertepatan dengan ajaran Islam tidak kira di mana-mana jua tempat. 


Di dalam agama Islam, terdapat beberapa adab yang harus ditekankan. Antaranya ialah
i)  Menundukkan dan Memelihara Pandangan
 Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Hendaklah menjaga pandangan oleh kedua-duanya, tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan syahwat, dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat.  Sebagaimana Allah telah berfirman :

 :“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apayang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya,’’ (An-Nuur: 30-31)
 Pada ayat 31 surah yang sama, Allah SWT pun memerintahkan hal yang sama kepada kaum wanita, yakni menahan pandangan dan menjaga kemaluannya.
 Bahkan, Rasulullah SAW pun mencegah sahabat secara langsung begitu tak mampu menundukkan pandangan. Alkisah, salah seorang sahabat bernama  Al Fadhl bin Abbas sedang berdiri di samping Rasulullah SAW saat menunaikan haji. Lalu datanglah seorang wanita ke arah Nabi Muhammad SAW untuk bertanya tentang suatu hal.
 Al Fadhl melempar pandangan kepada wanita tersebut, dan wanita itu pun melihat kepadanya. Saat Rasulullah SAW mengetahuinya, maka beliau  memalingkan wajah Al Fadhl ke arah lain agar terhindar dari dosa. (Hadis Muttafaq Alaihi, Bulughul Maram hadis 732).
 Sheikh Yusuf Qaradawi dalam bukunya “Halal dan Haram” menjelaskan bahawa memeliahara pandangan tidak bermaksud menutup atau menutup mata supaya mereka tidak melihat sama sekali atau menundukkan kepala mereka ke tanah, kerana ini bukan apa yang dimaksud di samping itu ianya pasti tidak akan dapat dilaksanakan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah untuk menjaga dan tidak mengawal kawalannya sehingga ia menjadi liar.  Pandangan yang dipelihara adalah apabila seseorang melihat sesuatu yang merupakan aurat seseorang, maka dia tidak mengamati keindahannya dan tidak berlama-lama, dan tidak memandang apa yang dilihatnya.
Beberapa hadis Nabi SAW yang memerintahkan menundukkan pandangan diantaranya adalah;


 Dari Jarir bin Abdillah ra berkata:

“Aku bertanya kepada Rasulullah saw tentang pandangan tiba-tiba (tanpa sengaja), lalu beliau memerintahkanku untuk memalingkannya.”(HR. Muslim).



Maksudnya jangan meneruskan pandanganmu, kerana pandangan tiba-tiba tanpa sengaja itu dimaafkan, tapi bila diteruskan bererti ianya disengajakan.

Rasulullah SAW bersabda,

“Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, dan seorang perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan lain.  Seorang lelaki tidak boleh bercampur dengan lelaki lain dalam satu pakaian, dan seorang perempuan tidak boleh bercampur dengan perempuan lain dalam satu pakaian.”
(HR. Muslim, Ahmad, Abu Dawud & Tirmidzi).

“Wahai Ali, jangan kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya, kerana yang pertama itu boleh (dimaafkan) sedangkan yang berikutnya tidak.”
(HR. Tirmidzi dan Abu Dawud dan di-hasan-kan oleh Al-Bani).
   
ii)  Menutup Aurat Secara Sempurna
 Aurat merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya.  Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis golongan sama ada lelaki atau wanita.  Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk, dengan itu setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormatinya.
Seorang perempuan hendaklah sentiasa mengenakan pakaian yang disyariatkan dan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang dan tidak menampak bentuk tubuh sebagaimana Allah telah berfirman:





“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.(An-Nuur : ayat 31).
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.  Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (Surah al-Ahzab:  Ayat 59)
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”
(Surah Al-A’raaf : Ayat 26)
Berdasarkan ayat di atas jelaslah bahawa Islam adalah agama yang mementingkan keselamatan harta benda dan jiwa raga.  Islam telah menggariskan beberapa panduan khususnya pada wanita supaya menjaga aurat daripada tersebur ke lembah perzinaan demi untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup mereka di dunia dan di akhirat.
Hadis sahih juga ada mengingatkan tentang aurat seperti;
"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
“Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

iii) Tidak Berdua-duan Antara Lelaki Dengan Wanita
Islam adalah agama yang yang mengatur semua sisi kehidupan manusia, salah satunya adalah mengatur interaksi dan hubungan sosial sesama manusia.  Interaksi antara sesama manusia dibatasi bagaimana lelaki dan perempuan saling berhubungan. Nabi Muhammad SAW melarang lelaki dan perempuan yang bukan mahram berduaan di tempat yang sama, atau dalam istilah Islam disebut khalwat.
Larangan ini tentunya memiliki alasan dan hikmah yang terkandung didalamnya. Secara ilmiah, bahaya yang ditimbulkan oleh khalwat antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dijelaskan sebagai berikut:

Para penyelidik di Universiti Valencia, Sepanyol mengatakan bahawa seorang yang berkhalwat dengan wanita akan menyebabkan kenaikan hormon kortisol.  Kortisol adalah hormon yang menjadi penyebab terjadinya stress dalam tubuh.  Para ilmuwan mengatakan bahwa hormon kortisol berguna bagi prestasi tubuh akan tetapi hormon tersebut harus dalam kadar yang rendah.
Jika hormon tersebut terus meningkat dan terus berulang-ulang maka hormon tersebut akan menjadi penyebab penyakit seperti jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit lainnya.
Penyelidikan menyebutkan bahawa hormon tersebut akan menyebabkan stress yang tinggi terjadi ketika lelaki berkhalwat dengan wanita asing atau bukan mahram dan stress tersebut akan terus meningkat pada saat wanitanya memiliki daya tarikan yang lebih menarik.  Hormon kortisol ini tidak akan terjadi ketika lelaki bersama dengan wanita yang merupakan saudaranya sendiri atau saudara dekat atau ibunya sendiri.  Ketika lelaki bersama dengan perempuan bukan mahram disisinya, dia akan membayangkan bagaimana melakukan hubungan dengannya dan dalam penelitian lain, dijelaskan bahwa situasi seorang lelaki ketika membayangkan tentang wanita dan memikirkan nya dilakukan secara berulang-ulang akan menyebabkan timbulnya penyakit kronik dan masalah psikologi iaitu kemurungan.
Fakta ilmiah ini menjadi sebab yang kuat atas larangan Nabi Muhammad mengenai haramnya berduaan dengan lawan jenis yang bukan mahram.Rasulullah SAW bersabda;  
"Janganlah salah seorang di antara kalian berkhalwat (berdua-duaan) dengan seorang wanita kerana sesungguhnya syaitan menjadi orang ketiga di antara mereka berdua." (H.r. Ahmad, 1:18; Ibnu Hibban (lihat Shahih Ibnu Hibban, 1:463); At-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Aushath, 2:184; Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Baihaqi, 7:91; dinilai shahih oleh Syekh Al-Albani dalam Ash-Shahihah, 1:792, no. 430).



Al-Munawi menjelaskan,
"Iaitu syaitan akan menjadi orang ketiga di antara keduanya, dengan membisikkan mereka untuk melakukan kemaksiatan, menjadikan syahwat mereka berdua bergejolak, menghilangkan rasa malu dan buruk dari keduanya, serta menghiasi kemaksiatan hingga kelihatan indah di hadapan mereka berdua.   Sampai akhirnya, syaitan pun menyatukan mereka berdua dalam kehinaan (iaitu berzina) atau menjatuhkan mereka pada perkara-perkara yang lebih ringan dari zina, iaitu perbuatan yang menjadi jalan pembuka zina, yang hampir saja menjatuhkan mereka dalam perzinaan." (Faidhul Qadir, 3:78)

iv) Menjaga Perkataan Dan Mengawal Perbualan
 Seorang wanita dilarang melunakkan percakapannya ketika bercakap selain daripada suami. Allah SWT telah berfirman;
“Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”
(al-Ahzaab: 32)

Berkaitan dengan suara perempuan Ibnu Kathir menyatakan,
“Perempuan dilarang berbicara dengan laki-laki asing (bukan mahram) dengan ucapan lunak sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.” (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 3)
Melunakkan suara berbeza dengan merendahkan suara.  Lunak diharamkan, manakala merendahkan suara adalah dituntut.  Merendahkan suara bermakna kita berkata-kata dengan suara yang lembut, tidak keras, tidak meninggi diri, sopan dan sesuai didengar oleh orang lain. Ini amat tepat dan sesuai dengan nasihat Luqman AL-Hakim kepada anaknya yang berbunyi ;
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai” (Surah Luqman : ayat 19).
Penggunaan perkataan yang baik ini perlu dipraktikkan sama ada melalui perbualan secara langsung tidak langsung, contohnya melalui SMS, Yahoo Messengger ataupun apa yang ditulis di dalam Facebook kerana ianya menggambarkan keperibadian seseorang itu.
Mufti Wilayah Persekutuan juga berpendapat dengan isu nyanyian kaum wanita, jika dilakukan dengan adab yang betul dan tidak terlalu melunakkan suara dan melembutkannya sehingga mendatangkan syahwat, adalah harus.
Berkata Imam al-Ghazzali dalam al-Ihya’ (2/281):
“Dan bermula suara wanita itu dalam keadaan selain daripada nyanyian itu bukanlah aurat, kerana kaum wanita pada zaman sahabat R.Anhum sentiasa bercakap-cakap dengan kaum lelaki ketika memberi salam, meminta fatwa, meminta sesuatu, melakukan syura dan sebagainya. Akan tetapi pada nyanyian itu suatu tambahan yang memberi kesan dalam merangsang syahwat.”


Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Halal dan Haram dalam Islam (ms.564-566) menyebut:
“Islam membolehkan nyanyian selama mana ianya tiada unsur maksiat, kata-kata yang kotor, lirik yang lucah dan menghasut kepada penyelewengan akidah. Tidak mengapa jika ianya diiringi dengan alat-alat muzik yang tidak membangkitkan syahwat.”

Beliau berdalilkan hadis daripada Aisyah R.Anha bahawa dia pernah menghantar seorang pengantin wanita ke tempat pengantin lelaki daripada kalangan kaum Ansar. Lalu Nabi Allah SAW berkata kepada beliau :
“Wahai Aisyah! Apakah kalian membawa sekali hiburan? Sesungguhnya kaum Ansar itu suka akan hiburan.”
Riwayat al-Bukhari (5162)
Ini juga berdalilkan hadis lain daripada Aisyah R.anha:
“Sesungguhnya Abu Bakar RA masuk berjumpa Aisyah dan bersama beliau ada dua orang jariah ketika di Mina (Hari Raya Aidiladha) yang menyanyi, menepuk dan memukul gendang, sedangkan Nabi SAW ketika sedang berselubung dengan bajunya. Lalu Abu Bakar menengking kedua jariah tadi lalu Baginda SAW mendedahkan mukanya seraya berkata: “Biarkan mereka wahai Abu Bakar! Sesungguhnya sekarang adalah hari raya.”
 Hadis riwayat Imam Bukhari (no.987) dan Imam Muslim (no. 892)





v) Mengawal perhiasan
Agama Islam merupakan rahmat ke atas sekalian manusia. Islam meraikan fitrah semulajadi manusia secara harmoni dan bertamadun. Manusia makhluk yang dimulaikan oleh Allah SWT bahkan dikurniakan nafsu dan akal yang membezakan mereka dengan makhluk lain ciptaan Allah.
Bahkan dalam mengutuskan rasul sebagai utusan Allah bagi membimbing manusia ke jalan yang benar dan mengajarkan manusia akan tuntutan Allah, maka Allah memilih rasul dari kalangan manusia juga kerana hanya manusia yang akan memahami manusia. Sekiranya dibangkitkan rasul dari kalangan manusia, maka ia akan dijadikan hujah oleh golongan yang tidak mahu beriman bahawa fitrah mereka atau realiti adalah berbeza.
Islam tidak pernah menghalang manusia daripada makan, minum serta berhias dengan kecantikan mengikut batas yang telah ditentukan oleh syarak. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah dalam Surah Al-A’raf pada ayat ke-31 dan 32 :
“Wahai Anak-anak Adam! Ambillah perhiasan kamu (pakaian yang elok) bagi setiap kali kamu ingin pergi ke masjid (melakukan ibadah), maka makanlah dan minumlah namun jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai golongan yang melampaui batas. Katakanlah (wahai Muhammad)! Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-Nya dan begiti juga dengan benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan? Katakakanlah (wahai Muhammad)! Demikian itu adalah untuk golongan hamba-Nya yang beriman khususnya di Hari Akhirat (golongan yang tidak beriman hanya merasai di dunia sahaja tidak di Akhirat).”

vi) Menghindari Tempat Yang Tidak Baik

Menghindari dari tempat yang tidak bersih adalah perkara yang harus, kerana ia mengandungi pelbagai jenis bahaya. Apa yang dimaksudkan dengan tempat-tempat yang dilarang adalah tempat-tempat yang digunakan sebagai perbuatan tidak bermoral, atau barang-barang haram, yang haram atau diniagakan didagangkan sah atau tidak sah seperti pelacuran, perjudian, panggung wayang yang memainkan filem filem lucah, tempat jualan atau penyewaan barangan haram dan sebagainya.  Hamba Allah yang beriman selalu berusaha menjaga keimanannya agar tidak lemah.   Diantara perkara yang dapat melemahkan iman adalah mendekati tempat-tempat yang di dalamnya melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.
Allah SWT berfirman tentang salah satu sifat hamba-hambaNya yang beriman:
“apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (QS. Al-Furqan, 25: 72)
Bila perbuatan-perbuatan yang tidak berfaidah saja harus ditinggalkan, apalagi dengan perbuatan-perbuatan yang haram;
“Janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al-Isra, 17: 32)
Allah SWT mengharamkan mendekati zina yakni melakukan perbuatan yang dapat menjerumuskan kepada zina seperti berdua-duan dengan lawan jenis yang bukan mahram, melihat aurat lawan jenis baik langsung atau melalui media, atau mendekati tempat-tempat perbuatan zina.  Dari ayat di atas dapat dipahami secara tersirat bahwa mendekati tempat-tempat yang dipastikan dapat menjerumuskan kita kepada perbuatan haram hukumnya adalah haram.
Seseorang yang mendekati dan masuk ke tempat-tempat yang haram, cepat atau lambat akan tergoda hatinya, dan hawa nafsunya menjadi sulit untuk dikendalikan. Hal ini terjadi kerana syaitan selalu menjadikan maksiat itu indah bagi yang melihatnya terutama mereka yang lemah iman. Ditambah lagi hawa nafsu manusia yang cenderung mengikuti hal-hal buruk dan merasa berat dalam mentaati Allah SWT.
“Syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), padahal mereka adalah orang-orang berpandangan tajam.” (QS. Al-Ankabut 29: 38)
Perhatikan bagaimana pengaruh penipuan syaitan terhadap mereka? Allah SWT menyatakan bahawa walaupun orang yang mempunyai pandangan tajam dapat dipengaruhi oleh penipuan syaitan sehingga mereka menganggap perbuatan baik buruk, atau setidaknya menganggap bahwa mereka masih dapat bertaubat pada setiap saat setelah melakukan perbuatan tidak bermoral. Bagaimana pula dengan orang yang berfikiran cetek?

“kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.” (QS. Yusuf, 12: 53)


Kesimpulan.
Pergaulan mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan kepribadian seorang individu. Pergaulan yang seseorang itu lakukan akan mencerminkan kepribadiannya, baik pergaulan yang positif mahupun pergaulan yang negatif. Pergaulan yang positif itu dapat merupakan kerjasama antara individu atau kelompok guna melakukan hal – hal yang positif. Sedangkan pergaulan yang negatif itu lebih mengarah ke pergaulan bebas, hal itulah yang harus dihindari, terutama bagi remaja yang masih mencari jati dirinya. Kepada orang tua, mereka harus mengawasi tingkah laku anaknya dan memperhatikan dengan siapa saja dia berteman dan jangan memberi kebebasan yang berlebihan seperti keluar malam. Semua juga kembali kepada diri kita masing-masing. semua sudah jelas mana yang benar dan mana yang tidak benar. Setiap yang kita lakukan pasti ada risiko. Hindari Pergaulan bebas agar masa depan kita menjadi cerah




 









.
Rujukan
1. Buku:
· Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam

Website dari Internet